Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

ANJAKAN MAKNA JEBAT, TUAH DAN BARU/ WANGI DALAM DRAMA MATINYA SEORANG PAHLAWAN

Kata-kata di atas dituturkan ketika di halaman istana telah berdiri Hang Kasturi
yang datang mencabarnya untuk bertikam. Yang hendak dikatakan oleh Usman
Awang ialah apa-apa yang dirasai Hang Jebat, iaitu rasa berani dan rasa kasih.
Dia tidak gentar untuk menghadapi lawannya, dan dia juga tidak merasakan
bersurutnya rasa kasih terhadap Dang Wangi.
Dengan perlukisan yang demikian, pembaca/penonton mengharapkan Hang
Jebat tidak akan mati. Namun, Matinya Seorang Pahlawan ialah adaptasi daripada
hikayat yang dikenali. Oleh itu pembaca/penonton Melayu amnya, dan pembaca/
penonton lain yang mengikuti epik ini, sedia tahu tentang akhirannya. Pembaca/
penonton hanya ingin menghayati kaedah pengemukaan pemikiran dan idea asli
adaptor.
Hang Jebat dalam Matinya Seorang Pahlawan tidak memiliki cacat cela. Dia
dituduh menurut nafsu oleh Hang Kasturi, tetapi tuduhan itu didiamkan saja. Dalam
skrip Usman Awang ini, tuduhan tersebut hanya dikaitkan dengan penderhakaan,
tidak dengan tingkahnya menggauli perempuan-perempuan istana. Inilah kata-kata
Hang Kasturi (Usman 1987: 228):
Tidak begitu, engkau sebenarnya menurut nafsu bukan oleh kebenaran
yang hakiki kerana siapakah yang paling berkuasa jika bukan atas
kedaulatan raja?

You will get a PDF (384KB) file

MYR 19.75

MYR 19.75

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...