Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

toneexcel.com

Terima Kasih ToneExcel!

 

Sekarang, saya mampu meneruskan kehidupan seharian tanpa perlu bekerja keras seperti orang lain. Syukur kepada Allah swt. Saya tidak perlu lagi bergegas ke tempat kerja pada awal pagi. Saya tidak perlu lagi minta MC bila sakit. Saya tak perlu lagi nak fikir apa alasan nak diberikan bila malas pergi kerja. Saya tak perlu lagi risau bila bos panggil. Saya tak pening kepala lagi bila naik sekolah atau menjelang hari saya. Saya tak pening kepala lagi bila roadtax atau insurance mati. Saya tak pernah lagi terjaga malam, berpeluh dingin mengenangkan hutang sana-sini. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak.

 

Kadang-kadang, ada juga saya meluangkan masa mengikuti lawatan bersama pengarah-pengarah toneexcel di beberapa buah negeri. Kebiasaannya, selepas sesi ceramah  ramai yang ingin bergambar dengan saya. Esoknya, keluarlah berbagai-bagai gambar dalam facebook dan ada juga yang memuji saya dengan berkata hebat la en Mazelan ni.

 

Selain  itu, ada juga yang bertanya, apa rahsia saya? Kerana kalau jumpa orang dan terangkan sedikit sekali pun, sangat mudah untuk orang tersebut menyertai toneexcel ini. Saya pun senyum saja lah. Mau tidak, dah kena puji, kena jek tinggi-tinggi pulak tu. Rasanya tiada apa-apa yang nak dirahsiakan lagi. Kadang-kadang bila anda berada di suatu tempat yang lebih tinggi sedikit, ramai yang memikirkan tentang kehebatan tersebut. Tetapi, berapa ramai yang mahu berusaha untuk mencapai ke tahap itu. Kehebatan tidak penting dan tidak sukar untuk dicapai, tetapi amatlah sukar untuk melalui jalan yang penuh ranjau dan duri ke arah kehebatan tersebut.

 

Kalau anda sudah ada berkilo-kilo emas dalam simpanan, tidak sukar untuk anda menjadi orang kaya. Tetapi, yang sukarnya bagaimana nak cari berkilo-kilo emas itu? Ramai orang akan puji anda bila anda berjaya, tetapi tak ramai yang ingin mengikuti jejak langkah anda ketika anda susah dan sukar mencapai kejayaan itu.

 

Saya masih teringat sewaktu mula-mula buat toneexcel ini. Ramai yang tak percaya, tapi masih ada segelintir yang berani mencuba. Ramai yang memberi pelbagai alasan. Antaranya, tak banyak kedai yang jual topup tunetalk, kadar tunetalk ni mahal la, ini macam MLM je, saya tak mahu kena tipu lagi, saya tak berminat, awak cari dulu orang lain lah, tak apalah, duit saya dah cukup, tak mahu terjebak benda2 macam ni lagi, bisnes apa ni, tak pernah dengar pun, kompeni tu ada lesen tak,  simkad toneexcel mahal la RM95.40, simkad biasa 5 ringgit pun dapat kat kedai, saya ni dah banyak masuk MLM, macam2 saya dah buat, memang tak boleh jalan bisnes ini, ada yang kata, kenapa toneexcel ini untungnya seposen dua posen sahaja, kami tak main yang untung sikit-sikit macam ini. Alasan-alasan ini sudah menjadi lumrah pada peringkat awal dulu, malahan ia masih kedengaran sehingga hari ini.

You will get a ZIP (5MB) file

MYR 30.00

MYR 30.00

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...