Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

Bantuan Penjadualan dan Penyusunan Semula Pembiayaan oleh Institusi Kewangan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Tanda-tanda Awal Tekanan Kewangan


PKS mestilah peka terhadap tekanan kewangan ke
atas syarikat supaya mampu mengambil tindakan
segera untuk mengawal kedudukan kewangan
dengan lebih efektif.


Antara tanda-tanda awal tekanan kewangan yang
selalunya menyebabkan kegagalan dalam perniagaan
adalah seperti berikut:


a) Lebihan stok dan jumlah penghutang
yang banyak


• Tempoh simpanan stok yang ideal ialah
antara 2 hingga 3 bulan bergantung pada
jenis perniagaan. Tetapi, sekiranya stok yang
ada melebihi kitaran stok yang sepatutnya,
ia akan mengakibatkan hasil jualan jatuh.
• Stok yang tidak dapat dijual mengakibatkan
peningkatan jumlah pemiutang. Ini kerana
syarikat masih perlu membayar pemiutang
untuk semua stok sama ada mampu atau
tidak mampu dijual.

b) Kekerapan penggunaan pembiayaan
melebihi had kredit dan kelewatan
pembayaran


• Penggunaan pembiayaan yang melebihi
had yang ditetapkan seperti kemudahan
Overdraf dan kelewatan dalam mematuhi
pembayaran balik jumlah faedah serta
prinsipal pada tarikh pembayaran yang
ditetapkan.

You will get a PDF (3MB) file

MYR 5.00

MYR 5.00

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...