Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

Terengganu Guide

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman begitu bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi ekonomi di Terengganu selaras dengan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Ini penting agar tidak semata-mata bergantung kepada hasil minyak dan gas yang tidak kekal, malah sekarang ini berdepan dengan risiko termasuk penurunan harga yang menjejaskan pendapatan negeri.

Ibarat seorang bapa – ketua keluarga terpaksa mencari dari mana sahaja tempat yang mempunyai peluang untuk membawa balik wang, makanan dan pelbagai keperluan.

Lantaran itulah Ahmad Razif mencari dan terus mencari peluang ekonomi negeri, termasuk di luar negara.

Hanya pihak yang berfikiran negatif sahaja membuat andaian dan tuduhan yang bukan-bukan ke atas usaha baik itu.

Beliau melalui – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad  (EPIC) Berhad, anak syarikat kerajaan Terengganu akan terus aktif menerokai pasaran baharu untuk memperluaskan jaringan perniagaannya termasuk di beberapa negara yang dianggap strategic.

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, antara negara yang dianggap mempunyai nilai pelaburan yang baik kepada EPIC ialah Thailand,Myanmar dan Vietnam dan menawarkan perkhidmatan operasi pangkalan bekalan.

Masanya sudah tiba kata beliau, bagi EPIC untuk menggunakan reputasinya sebagai pengendali pangkalan bekalan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik untuk terus mendapat peluang di peringkat antarabangsa.

Menyaksikan perjanjian persefahaman antara Epic Berhad dengan Kumpulan Jiangsu Huaxicun di Shanghai China semalam, Ahmad Razif berkata, kita perlu keluar dari ‘ketulaan’ tetapi melalui Blue Ocean Strategi (Strategi Lautan Biru), kita mempunyai banyak peluang ekonomi di pelbagai tempat lagi.

Perjanjian EPIC-merangkumi rekabentuk keseluruhan dan cadangan untuk memajukan pelabuhan berkenaan ke arah mewujudkannya sebagai sebuah pelabuhan yang serba moden dengan ciri-ciri terkini untuk bersaing di alaf baru.

Pada tahun ini sahaja, 16 perjanjian termasuk  perjanjian dengan Jiangsu Huaxi Group telah dibuat oleh EPIC bagi membawa peluang ekonomi ke Terengganu.

Perjanjian itu mampu mewujudkan momentum perniagaan jangka panjang di antara kedua-dua pihak dalam memajukan industry berkaitan maritim di Asia Pasifik.

Ini menandakan satu permulaan  kepada detik pertalian perniagaan jangka panjang di antara dua buah syarikat dari Malaysia dan China

Ini sepertimana diakui Pengerusi EPIC, Dato’ Tengku Muhammat, syarikat kerajaan negeri Terengganu ini mahu mewujudkan muafakat dalam banyak bidang yang berkaitan industri maritim di Asia Pasifik dan di serata dunia.

Anak-anak syarikat EPIC yang lain boleh berperanan dengan lebih mampan untuk merebut apa jua peluang dalam jalingan kerjasama Epic dengan kumpulan Jiangsu Huaxi Group.

Ini kerana syarikat terkemuka China itu turut menawarkan perkhidmatan fabrikasi dan kejuruteraan melibatkan paip kepada bakal-bakal pelanggan, manakala  EPIC Berhad adalah sebuah syarikat perkhidmatan industri minyak dan gas terkenal di negara ini.

Dato’ Seri Ahmad Razif ketika dihubungi melalui whatsapp ingin menyatakan kepada sahabat, rakan taulan serta masyarakat seluruhnya di Terengganu agar doakanlah agar misi mencari ekonomi baru buat Terengganu ini terus berjaya, selaras dengan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang diperkenalkan.

Perjanjian demi perjanjian dibuat adalah untuk mencipta suatu peluang perniagaan, ekonomi dan pelaburan yang terbaik demi untuk negeri dan rakyat Terengganu, khususnya masa depan ekonomi dan negeri Terengganu keseluruhannya.

Syabas kepada Menteri Besar yang berfikiran global, Ahmad Razif !

You will get the following files:

  • PDF (2MB)
  • PDF (2MB)
  • PDF (2MB)
  • PDF (2MB)
  • PDF (2MB)

MYR 9.00

MYR 9.00

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...