Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

Rahsia Kekayaan dan Kemewahan Hidup.

Kemewahan hidup

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin dengan 4 wanita. 

Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan. Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.

Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu untuk bersaing dengan penjual sedia ada. Kemewahan tiada had. Misal kata peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda juga boleh mendapatnya. 

Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah tiada hadnya. Anda tidak perlu gusar akan pendapatan anda kerana seperti yang saya sentiasa ulang-ulang, kemewahan adalah tiada had. Penjualan software Microsoft oleh Bill Gates tidak menghalang beribu-ribu syarikat yang lain untuk memperoleh keuntungan yang banyak. Kemunculan pemain-pemain boleh sepak bertaraf bintang di liga perdana Inggeris tidak pernah menghalang pemain baru untuk muncul. Monopoli sukan badminton oleh negara China tidak pernah menghalang pemain baru dari negara lain untuk menunjukkan potensi mereka.

You will get a ZIP (329KB) file

MYR 55.00

MYR 55.00

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...