Refer a friend and get % off! They'll get % off too.

Titian Silara

Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian 300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan silara sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah.

Sistem titian dan pelantar ini akan memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitara Kuala Lumpur dari jarak jauh.

Titian silara dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan belian tiket perlu dibuat di FRIM One Stop Centre.

Untuk kemampanan sistem titian ini, FRIM hanya membenarkan seramai 250 orang (200 melalui tempahan dan 50 secara ‘walk-in’ sahaja) untuk menaiki jambatan tersebut dalam sehari. Oleh itu, tempahan awal amat digalakkan bagi mengelakkan kekecewaan.

You will get a PDF (115KB) file

MYR 5.00

MYR 5.00

Buy Now

Discount has been applied.

Added to cart
or
Add to Cart
Adding ...