Siapakah Henna?
Apa yang menarik tentang Henna?
Henna dibesarkan dan dijaga oleh Tok Abu. Menariknya, ladang Tok Abu bukanlah ladang yang biasa-biasa sahaja. Kelebihan ladang Tok Abu menarik minat Henna bercerita betapa hebatnya ladang ini.
Berkonsepkan amalan hijau dan lestari, cerita ini membawa kepada tiga bab kecekapan Tok Abu dalam mengamalkan sistem solar, kompos baja dan kebajikan haiwan.
Cerita ini membawa kepada persoalan: Adakah ayam itu gembira? Dari mana cahaya reban datang? Ke mana perginya kotoran ayam?
Dari persoalan itulah lahirnya Misi Hijau Henna.
Buku ini bukan sekadar tentang anak ayam. Ia adalah pengenalan pertama anak-anak kepada 3 konsep besar dunia hari ini:
Tenaga Boleh Baharu: Kami tunjukkan panel solar di atas reban. Anak terus faham, matahari = elektrik. Mudah.
Ekonomi Kitaran: Najis jadi baja. Baja jadi sayur. Sayur jadi makanan ayam. Kitaran lengkap.
Kebajikan Haiwan: Henna gembira kerana dapat bergerak bebas di ladang. Inilah salah satu kebajikan haiwan yang Tok Abu amalkan.
Jika anda seorang guru yang mencari bahan STEM untuk pengenalan Sains Awal, atau ibu bapa yang mahu anak kenal maksud amalan hijau, lestari, mampan, Henna adalah kawan yang sesuai.
Di akhir cerita, terdapat 10 soalan Kuiz Misi Hijau untuk uji kefahaman anak.
Bukan sekadar baca, tapi anak betul-betul FAHAM konsep ladang lestari.
APA ANDA DAPAT DENGAN RM13.99:
✅ eBook Ilustrasi Penuh Warna (PDF & Epub)
✅ Bahasa Melayu Standard (gaya bahasa yang mudah untuk pembaca di Singapura di Brunei, Indonesia)
✅ Kuiz Interaktif 10 Soalan di Akhir Cerita
Ikuti kupasan penuh saya di medium.com - https://medium.com/@DrHaRNEE/amalan-hijau-dan-kelestarian-cba84639921b
Comments ()