Your Cart
Loading
Only -1 left

ebook The So-Called Life of Bella Amanda

On Sale
MYR20.00
MYR20.00
Added to cart

Bella Amanda terjaga daripada koma… tanpa ingat siapa dirinya.


Segalanya terasa asing.

Rumah. Kehidupan. Bahkan lelaki yang berdiri di sisi katilnya sambil menggenggam tangannya.


Hadid.

Lelaki yang mengaku sebagai suaminya. Cara lelaki itu memandangnya lembut. Cara dia menjaga Bella seperti sesuatu yang sangat berharga.


Dan entah kenapa… hati Bella mula mempercayainya. Hari demi hari, Bella belajar menjalani kehidupan baharunya.


Dia mula mengenali dirinya yang sekarang -

lebih tenang, lebih lembut, dan mudah tersentuh dengan perhatian Hadid.


Perlahan-lahan…

Bella jatuh cinta dengan lelaki itu.


Namun semuanya berubah

apabila Bella menemui sebuah diari lama miliknya.

Diari yang ditulis sebelum kemalangan yang meragut ingatannya.


Setiap halaman yang dibaca mendedahkan seorang Bella yang sangat berbeza.


Bella yang dingin.

Bella yang penuh kemarahan.

Bella yang menyimpan dendam.


Dan diari itu turut membuka satu rahsia yang lebih mengejutkan.


Perkahwinannya dengan Hadid… bukan kerana cinta! Tetapi sebahagian daripada sebuah rancangan balas dendam.


Kini Bella terperangkap antara dua diri.


Bella yang dulu -

wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi membalas luka.


Dan Bella yang sekarang -

wanita yang sedang jatuh cinta dengan lelaki yang sepatutnya menjadi musuhnya.


Masalahnya… perasaan itu semakin dalam setiap hari.


Jika ingatannya kembali,

adakah Bella masih mampu mencintai Hadid?


Atau dia akan menghabiskan apa yang pernah dirancangnya;

menghancurkan lelaki yang kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia cintai?

You will get a PDF (11MB) file