UCAPAN PEMIMPIN BERKARISMA - Warong Buku
Ramai orang tidak mahu mendengar ucapan dari pemimpin yang tidak pandai bercakap. Mereka mahukan pemimpin yang pandai berhujah dan menampakan kecemerlangan tinggi. Seorang pemimpin perlu mampu membawa organisasi yang dipimpinya ke tahap yang diimpikan. Apabila berjaya, ia menjadi kebanggaan kepada ramai dan dirinya sendiri.
Oleh itu, pemimpin harus mampu bercakap lebih baik, bijak dan penuh karisma. Buku ini menunjukkan cara dan tekniknya. Kemahiran yang diterangkan termasuklah persediaan diri, penyusunan ucapan, kaedah penyampaian dan pengendalian khalayak. Setidak-tidaknya, kita boleh gunakan kemahiran penting ini agar suara kita lebih didengari orang sekeliling. dan boleh mempengaruhi kumpulan sekeliling kita.