Your Cart
Loading
Only -1 left

ebook Officially Milik Dia

On Sale
MYR22.00
MYR22.00
Added to cart

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. 


Surau ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya.

Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya, ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu.


Namun, taktik Fariq Hatta berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada di hati Fariq untuk si isteri. 

“Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela.

“Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini. 

“Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi.

“Rindukan Yaya.


Nota: Fail PDF sahaja, tiada penghantaran fizikal.


You will get a PDF (2MB) file