Your Cart
Loading

Bila Hamba Berbicara: Fahami Bicara Solat Anda (Edisi Umum) — E-book PDF

On Sale
SGD12.00
SGD 12.00
Added to cart

Solat itu doa. Doa itu perlu difahami.

Kita solat lima kali sehari, tetapi berapa banyak kalimah yang benar-benar kita fahami? Bila Hamba Berbicara ditulis untuk anda yang telah bertahun-tahun bersolat tetapi belum memahami bacaannya. Dalam 64 halaman, setiap bacaan dihuraikan perkata dengan tulisan besar dan jelas, supaya lidah dan hati berbicara bersama.

Kandungan buku

  • 4 Kesedaran Solat dan 3 Penyakit Utama, dengan dalil sahih dan hasan
  • 13 bacaan solat perkata: kad besar, berwarna dan mudah dibaca, dari Niat & Takbir hingga Qunut
  • Renungan solat kita hari ini dan 12 cadangan memperbaikinya
  • Lampiran Rukun dan Sunat Solat mazhab Syafi'i, serta pelan 7 dan 30 hari

Kemudahan e-book

  • PDF A4 berwarna penuh, 67 muka surat (termasuk kulit dan satu halaman tambahan khas e-book), saiz kira-kira 6 MB
  • Rujukan boleh diklik: setiap ayat al-Qur'an, hadith dan kitab ulama yang dirujuk (lebih 170 petikan) bergaris bawah hijau; ketik untuk membuka sumber asal di Quran.com atau al-Maktabah al-Shamela
  • Halaman tambahan khas e-book: Beza Makna ṣirāṭ, ṭarīq dan sabīl (mengapa kita meminta ṣirāṭ dalam al-Fatihah)
  • Kandungan boleh diklik dan ada penanda (bookmark) untuk setiap bahagian dan 13 langkah
  • Kod QR dan alamat laman boleh disentuh terus dari telefon
  • Latihan kosa kata dalam talian di latih.attartilqi.com (Langkah 1–4 percuma; Langkah 5–13 untuk pembeli buku)
  • BONUS: kod QR ke aplikasi Al-Qur'an Perkata Berwarna (www.quranwordsattartil.com) untuk memahami surah-surah lazim dalam solat
  • Teks Melayu boleh dicari

Tentang penulis

Zulkiflee Bachik ialah pendidik al-Qur'an dan pengasas program Fahami Bacaan Dalam Solat (FBDS). Beliau Pengarah AtTartil Quranic Institute, Singapura, yang ditubuhkan pada April 2008. Beliau juga berkhidmat sebagai imam masjid sejak 1996, dan kini salah seorang imam bertugas di Masjid Darul Makmur, Singapura.

Penerbit: AtTartil Publications, AtTartil Quranic Institute, Singapura · www.attartilqi.com

Dijual oleh: UZB e-BOOKS online

Nota pembelian

  • Anda akan menerima pautan muat turun melalui e-mel selepas pembayaran.
  • Setiap salinan ditera dengan e-mel pembeli dan tarikh beli. Untuk kegunaan peribadi sahaja; mohon jangan diedar semula.
  • Buku ini mengandungi ayat al-Qur'an dan nama Allah. Mohon dihormati.
  • Ada pertanyaan? Hubungi kami melalui ruangan Contact di www.attartilqi.com.
  • Edisi Bahasa Inggeris juga diterbitkan dengan judul The Servant's Conversation in Prayer.
You will get a PDF (6MB) file