Your Cart
Loading

Di Sebalik RM100

On Sale
MYR5.00
MYR 5.00
Added to cart

Bismillahirrahmannirrahim


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, cerpen bertajuk “Di Sebalik RM100” ini dapat disiapkan dan dipersembahkan kepada para pembaca.


Kisah ini diilhamkan daripada realiti kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga yang  sering kita terlepas pandang. Dalam mengejar nilai material dan angka-angka yang  tersurat, kita kerap terlupa bahawa kasih sayang yang sebenar tidak pernah diukur pada penyata bank atau seberapa lantang kita memberitahu dunia tentang kebaikan 

kita.


Melalui watak Aiman, Hisham, dan Mak, naskhah ini membawa mesej mendalam  tentang ikatan kasih adik-beradik, pengorbanan anak sulung yang sering berdiam diri,  serta nilai sebuah ketaatan kepada ibu yang dilakukan tanpa meminta sebarang balasan atau pujian.


Diharapkan agar kisah ringkas ini mampu menjentik hati para pembaca untuk sentiasa bersangka baik dengan ahli keluarga, menghargai setiap pengorbanan yang hadir secara tersirat, dan memohon maaf sebelum masa menutup ruang yang ada.


Semoga cerpen ini memberi manfaat, menjadi ikhtibar, dan menyentuh jiwa setiap insan yang membacanya.


Selamat membaca.


Penulis memohon kepada pembaca dapat menyumbangkan sumbangan untuk belian cerpen ini bagi tujuan untuk menampung sebahagian kos menaik taraf Masjid Annur Seri Pagi Saujana Utama Sungai Buloh.


Aiman Hakim

You will get a PDF (452KB) file