Blazz Food Cost & Profit Calculator — Offline Edition
Resipi sedap sahaja belum cukup — tahu kos sebenar sebelum tetapkan harga jual.
Blazz Food Cost membantu peniaga makanan, baker, katering dan home-based seller menganggarkan kos resipi, harga jual dan margin dalam satu aplikasi offline.
• Masukkan harga pek, saiz pek dan kuantiti bahan yang digunakan.
• Penukaran g/kg dan ml/L secara automatik; bilangan biji/unit turut disokong.
• Tambah pembungkusan, upah, elaun pembaziran dan kos lain.
• Masukkan fi jualan peratusan dan sasaran margin.
• Bandingkan harga jual, untung anggaran dan margin selepas fi.
• Simpan sehingga 500 resipi dalam browser, dengan maksimum 100 bahan setiap resipi.
• Eksport/import backup JSON dan cetak laporan melalui browser untuk disimpan sebagai PDF.
APA YANG DITERIMA
ZIP aplikasi HTML/CSS/JS, panduan pembeli BM, ringkasan English, contoh resipi dan lesen untuk seorang individu atau satu perniagaan bagi kegunaan dalaman.
SEKALI BAYAR
Tiada server, akaun atau subscription aplikasi. Internet diperlukan untuk membeli/download awal. Pembelian meliputi versi yang dibekalkan; kemas kini atau sokongan seumur hidup tidak dijanjikan.
PERANTI
Browser moden desktop disyorkan. Paparan mobile tersedia; membuka fail HTML dan menyimpan PDF pada telefon bergantung pada peranti dan browser. Belum diuji pada telefon fizikal. Ini bukan native mobile app.
PENTING
Anggaran berdasarkan kos yang dimasukkan dan semua hidangan terjual pada harga sama. Kos tidak dimasukkan dan cukai tidak dikira. Bukan sistem perakaunan atau MyInvois. Eksport backup dengan kerap; data browser boleh hilang jika storan dibersihkan atau lokasi/peranti ditukar. Tiada cloud sync.
CUBA VERSI PERCUMA
https://blazz-digital.pages.dev/tools/food-cost/
Versi percuma untuk satu resipi. Pembelian ini menyediakan versi offline dengan simpanan banyak resipi dan backup.