Your Cart
Loading
Only -1 left

Mont Berg - Mama

On Sale
SGD1.00
SGD1.00
Added to cart

Mont Berg ialah seorang rapper, penyanyi-penulis lagu,dan penerbit muzik kelahiran Singapura yang dikenali dengan lirik tajam dan penyampaian penuh jiwa. Beliau mula mencipta nama sebagai separuh daripada grup The Void Deck Fellas, menghasilkan lagu-lagu lintas genre seperti “Terok” bersama Zynakal, “Kau Dan Aku” bersama Mawar Berduri (Ahli Fikir), dan “Ade Aku Kesah” bersama Kmy Kmo. Perjalanan seninya berkembang ke Malaysia apabila beliau dijemput menyertai kolektif rap Lawalah Familia, sekaligus mengukuhkan kehadirannya dalam dunia hip hop Malaysia. Sebagai artis solo, lagu anthem “KLCC” dan siri komuniti ETVD; Enter The Void Deck banyak membentuk identiti hip hop bawah tanah di Singapura.


Dari bengkel rap di Malaysia dan Brunei hingga mencipta jingle komersial untuk jenama seperti Jamumall dan Baraqah Autoglass, Mont Berg terus meneroka sempadan kreatif dan budaya. Single terbarunya, “Mama”, merupakan kolaborasi perdana dengan label indie Singapura MKR, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan artis Indonesia seperti Ryaas Randa dan Yayat Pamelay. Mengusung alunan hip hop dengan sentuhan melodi dan lirik yang mengangkat pengorbanan seorang ibu, lagu ini menjadi langkah awal Mont Berg memasuki pentas hip hop Indonesia — membuktikan bahawa muziknya merentasi sempadan, bahasa, dan budaya.



You will get a MP3 (7MB) file