ebook Bride Assistant Cik Suzie
Kaisa Aleya, seorang pembantu butik pengantin yang berdedikasi, menerima satu tempahan terakhir sebelum bercuti panjang, membantu seorang pengantin bernama Suzie yang kelihatan risau dan menyimpan banyak rahsia menjelang hari bahagianya.
Namun, hari akad nikah berubah menjadi mimpi ngeri apabila Suzie tiba-tiba menghilang, dan Kaisa “terperangkap” dalam situasi yang menggemparkan berdua-duaan dengan Zahran Elyas, tunang Suzie, di lokasi yang mencurigakan. Kehilangan Suzie dan kemunculan Kaisa bersama Zahran menyebabkan pernikahan terbatal serta-merta.
Zahran, marah dan malu, menuduh Kaisa sebagai dalang yang mahu merampas tempat Suzie. Tanpa disangka, semuanya adalah rancangan licik Suzie. Dia sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Hisyam — bekas kekasih adik Zahran. Hisyam pula hanya mendekati Suzie untuk membalas dendam terhadap keluarga Zahran selepas pertunangannya dengan adik Zahran putus di tengah jalan.