USUL AL-FIQH MENURUT MANHAJ AL-SYAFI'EYYAH
Sesungguhnya ilmu Usul Al-Fiqh ialah antara ilmu yang mulia dan tinggi
kedudukannya, kerana ia menghimpunkan antara logik dan nas. Ilmu ini sangat
istimewa bagi peradaban dunia Arab dan Islam, memandangkan ia berkaitan dengan
dalil-dalil seluruhnya bagi hukum-hukum syarak, dan juga manhaj-manhaj yang
dituruti oleh para ulama dan fuqaha dalam melakukan istinbat metodologi Usul
untuk mentafsirkan nas-nas daripada dalil-dalil terperinci yang seterusnya mencapai
kepada hukum amali syarak yang betul yang tidak dapat dipisahkan daripada segala
perbuatan para mukallaf, selain memperbetulkan perilaku mereka sama ada
melibatkan individu, kemasyarakatan, dan perhubungan antarabangsa. Buku ini
berjudul "Usul Al-Fiqh menurut Manhaj Al-Syafi'eyyah" dipersembahkan kepada para
penuntut pengajian Islam, berpandukan silibus yang ditetapkan. Buku ini
dibahagikan kepada pengenalan, empat bab dan penutup, seperti berikut: bab
pertama, pengenalan kepada ilmu Usul Al-Fiqh; bab kedua, hukum syarak, Al-Hakim,
al-mahkum 'alaih dan al-mahkum bih; bab ketiga, dalil-dalil hukum syarak; bab
keempat, metodologi pensyariatan umum dalam Usul Al-Fiqh; dan diakhiri dengan
sumber-sumber rujukan. Semoga Allah menjadikan usaha ini sebagai suatu amalan
yang diterima, dan ia menjadi ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Segala puji
bagi Allah tuhan sekalian alam.