Pengenalan kepada pemasaran affiliate.
Apabila kita berkata mengenai perniagaan internet, salah satu perkara yang termudah dan paling lumayan untuk menjana pendapatan di internet adalah melalui pemasaran affiliate. Ini kerana untuk menjadi seorang affiliate, anda tidak perlu menjadi seseorang dan jika teknik pemasaran anda kena pada caranya, pendapatan boleh menjangkau ribuan ringgit sebulan.
Dalam nota pintar ini, saya akan membincangkan asas kepada pemasaran affiliate dan memberi anda idea – idea bagaimana hendak menjana pendapatan melalui pemasaran affiliate. Apabila anda habis membaca ebook ini, anda boleh terus menjana pendapatan melalui affiliate tanpa ragu – ragu lagi.