Kuasai Bahasa Inggeris Guna AI (KABI)
Modul “Kuasai Bahasa Inggeris Guna AI (KABI): 21 Hari Belajar BI Guna AI” ini ditulis bagi sesiapa sahaja terutama pemula yang mahu menguasai asas bahasa Inggeris (BI) sama ada pelajar sekolah, pelajar universiti, ibu bapa atau pekerja. Dengan adanya Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdasan Buatan, banyak tugasan dapat diselesaikan dengan cepat termasuklah dalam sektor pendidikan seperti mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dalam pelbagai aspek terutama bagi kemahiran komunikasi.
Modul ini mengajak para peserta program KABI untuk cuba mengikuti latihan setiap hari selama 21 hari dengan bantuan AI. Peserta KABI perlu memahami objektif pembelajaran, nota ringkas berserta tip dan strategi, contoh ayat, aktiviti bersama AI (seperti ChatGPT, Grammarly, ELSA dan Google Translate), latihan diberi, contoh jawapan dan refleksi; sebagaimana disarankan setiap hari. Selepas 21 hari, para peserta boleh mengulangi latihan dengan topik berbeza sehingga mahir dalam BI.
Perlu juga ditekankan di sini terutama dalam kalangan pelajar agar menggunakan AI dengan bijak dalam proses pembelajaran bukan sekadar menyiapkan latihan atau tugasan yang diberi oleh guru atau pensyarah. Guna AI untuk belajar dan tambah kemahiran diri dalam apa jua ilmu termasuk BI.
Selamat maju jaya kepada para peserta program KABI dalam perjalanan anda menguasai BI menggunakan AI. You’re Great!